![]() |
Menara condong juga dikenali sebagai Jam Tinggi oleh orang Teluk Intan.
![]() |
Pada masa dahulu menara ini berfungsi sebagai tangki simpanan air untuk bekalan penduduksekitar disamping berfungsi sebagai jam.
![]() |
Pada waktu malam, lampu pada menara ini akan bertukar warna setiap minit. Sekejap warna biru, kemudian merah,kuning dan hijau. Cukup indah dan menarik. |
![]() |
Pada masa ini menara ini tidak lagi berfungsi sebagai tangki simpanan air tetapi jam tersebut masih lagi berfungsi dan akan berbunyi setiap 15 minit.
![]() |
Dari luar nampak menara jam ini seperti mempunyai 8 tingkat, tetapi sebenarnya hanya terdapat 3 tingkat sahaja.
*sebab apa menara ini condong? Mengikut cerita, menara ini dibina diatas struktur tanah yang lembut dan terdapat bebanan tangki yang menampung air yang telah menyebabkan condong sedikit ke arah barat laut.
No comments:
Post a Comment